FORUM SMKA PAHANG

Forum ini bertujuan memupuk interaksi berfaedah sesama warga pelajar dan juga para guru. Berbicaralah dan berbincang dengan tenang serta bahasa yang budiman.

FORUM SMKA PAHANG
Start a New Topic 
Author
Comment
Banyak belanja anak di SMKA??

Saya tertarik dengan isu ini yang menjadi panas di dalam mesyuarat agung PIBG SMKAP pada 29 Julai 2006. Cuba kita lihat **** kajian yang dilakukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia berkenaan isu hangat ini...

Kajian Analisis Kos Pendidikan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
03 Jun 2005

Kementerian Pendidikan Malaysia. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. Kajian Analisis Kos Pendidikan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama. Kuala Lumpur: BPPDP, 2000.

1.0. Latar Belakang Kajian

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) mula beroperasi pada tahun 1977 dengan pembukaan 11 buah sekolah yang diambilalih daripada sekolah menengah agama negeri dan sekolah agama rakyat, di samping dua buah SMKA yang dibuka di Sabah dan Sarawak, iaitu sebuah sekolah di setiap negeri. Kini terdapat 55 buah SMKA di seluruh Malaysia. Namun begitu setakat ini kos mengenai SMKA belum ************ Maklumat lengkap dan menyeluruh mengenai kos tersebut juga belum ada.

2.0. Pernyataan Masalah

Setakat ini kos mengenai SMKA yang lengkap dan menyeluruh mengenai belum ************ Kekurangan maklumat lengkap dari segi kos dipercayai boleh menyebabkan kekurangan maklumat yang mantap dalam anggaran belanjawan serta perancangan program-program Kementerian Pendidikan yang berkaitan SMKA.

Sehubungan itu, kajian tentang kos pendidikan di SMKA perlu dijalankan kerana ianya penting untuk tujuan perancangan pendidikan, khususnya yang berkaitan SMKA. Di samping itu analisis dari segi kos juga diperlukan untuk menilai kedudukan kewangan sesuatu organisasi serta peruntukan agihan sumber yang lebih saksama.

3.0. Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan untuk membuat anggaran kos persekolahan pelajar SMKA di peringkat mikro iaitu peringkat sekolah. Analisis di peringkat berkenaan dapat menunjukkan kos seorang pelajar secara terperinci iaitu mengikut lokasi sekolah, enrolmen, komponen pembelanjaan dan sumber kewangan di SMKA.

4.0. Soalan Kajian

Soalan kajian yang cuba dijawab oleh kajian ini ialah:

i. Berapakah anggaran kos purata seorang pelajar SMKA di peringkat mikro secara keseluruhan, mengikut lokasi dan enrolmen sekolah?
ii. Berapakah anggaran kos purata seorang pelajar SMKA di peringkat mikro mengikut komponen perbelanjaan iaitu pengurusan, pengajaran dan pembelajaran serta kebajikan pelajar?
iii. Berapa kos purata seorang pelajar SMKA di peringkat mikro mengikut sumber kewangan iaitu kewangan iaitu kerajaan dan bukan kerajaan?
iv. Apakah sumber kewangan bukan kerajaan SMKA?
v. Apakah masalah kewangan SMKA?
vi. Apakah pandangan pihak sekolah mengenai kos persekolahan di SMKA?
vii. Berapakah anggaran kos purata seorang pelajar SMKA yang melibatkan isi rumah?
viii. Apakah pandangan ibu bapa mengenai kos persekolahan di SMKA?
5.0. Metodologi

Kajian ini menggunakan kaedah survey dan kajian kes. Kajian survey merangkumi semua SMKA (49 buah) kecuali 3 buah yang bertaraf asrama penuh dan 3 buah yang belum beroperasi pada tahun 1998. Kajian kes **** terdiri daripada 5 buah sekolah. Kajian survey menggunakan soal selidik dan kajian kes menggunakan protokol temu bual dan penganalisisan dokumen yang berkaitan. Selain pihak sekolah, kajian ini juga cuba mengenalpasti jumlah perbelanjaan yang *********** ibu bapa/penjaga untuk seorang anak yang belajar di SMKA. Bagi tujuan ini, soal selidik ibu bapa/penjaga digunakan.

6.0. Dapatan Kajian

6.1 Anggaran Kos Purata Seorang Pelajar SMKA

Secara keseluruhan, kos purata seorang pelajar SMKA ialah RM3482.26. Tidak terdapat perbezaan ketara antara kos purata seorang pelajar SMKA di bandar dengan di luar bandar. Kos purata seorang pelajar SMKA meningkat dengan penurunan enrolmen. Pengajaran dan pembelajaran mengambil peratus yang tinggi daripada keseluruhan kos persekolahan seorang pelajar SMKA berbanding kos kebajikan dan kos pengurusan 96.61% (RM3354.16) daripada keseluruhan kos persekolahan seorang pelajar SMKA ditanggung oleh Kerajaan berbanding 3,39% (RM118.10) biayaan wang bukan Kerajaan seperti wang SUWA, wang PIBG dan wang/yuran asrama.

6.2. Masalah Kewangan Di SMKA dan Cadangan Mengatasi

Bil air, elektrik dan kos penyelenggaraan bangunan menelan belanja yang tinggi; yuran makan asrama RM1.00 sehari yang ********* kepada pelajar terlalu murah; dan kos sewa kenderaan untuk menjalankan aktiviti adalah mahal. Pihak sekolah mencadangkan perlu ada perkongsian kos antara kerajaan dengan ibu bapa dan pihak swasta; peruntukan kewangan SMKA disamakan dengan peruntukan sekolah asrama penuh; serta adakan kursus kewangan untuk guru.

6.3 Kos Isi Rumah

6.3.1. Kos Yang Ditanggung Oleh Ibu Bapa/Penjaga

Secara keseluruhan, anggaran kos purata seorang pelajar SMKA yang ditanggung oleh ibu bapa/penjaga setahun ialah RM1860.70. Tidak terdapat perbezaan ketara antara kos purata seorang pelajar di bandar dengan yang di luar bandar. Kos purata seorang pelajar yang ditanggung oleh ibu bapa/penjaga berdasarkan pengajaran pembelajaran, peringkat pers

Re: Banyak belanja anak di SMKA??

biasala tue...bukti orang melayu da makin miskin.takde duit..takde perancangan..inilah kemajuan yang diidamkan..sori if pedas sikit..biler kerajaan suruh melabur dalam asb..tak bagi sambutan..skang da takder duit bising..ker duit nak melabur pun takde nie..hehe..inilah yang kita semua kene renungkan..kalau di bandar semua sibuk tuisyen=pakai duit..sebab diorang nak anak pandai takkan kita kat muadzam bising banyak belanja pulak?nak anak pandai tapi satu sen pun tak nak keluar duit..aper salahnya keluarkan duit..pendidikan ni kan benda yang berfaedah..inilah yang dinamakan pelaburan..untung bukan dalam masa sekejap..nanti biler anak-anak berjaya yang untung siapa?saya ke?cikgu yazid ke?cikgu khairul hazman ke?sudah tentulah pihak ibu bapa sendiri.betul tak?semua nak free ke?tapi bila kena batang hidung sendiri tau pulak bising..contohnya..jika amik air sembahyang kat surau SMKAP berbayar la aper korang rase..sure hangin satu badan punya..padahal kalau korang pikir panjang..duit tue dialirkan ke mana..sudah tentu untuk sahsiah pelajar-pelajar gak...duit tu jugak boleh dijadikan sumbangan pelajr smkap kat palestin sana..ini contoh semata-mata..pihak smkap takkan buat punya melainkan da terdesak nanti...mungkin ibu bapa itu cuba menghighlightkan 'yuran tersembunyi' tapi saya percaya akhirnya duit itu akan dialirkan kepada pelajar.jika berlakulah salah laku kepada wang ini sudah tentu saya tidak bersetuju sama sekali.saya percaya perkara ini mungkin berlaku namun insyaallah pihak pengurusan SMKAP amanah dalam menguruskan kewangannya.jika ia disalahguna itu merupakan dosa yang harus dijawabnya di akhirat nnt.akhir kata dari saya..kita perlu tingkatkan ekonomi kita..inilah sahaja cara yang boleh dilakukan untuk menampung hidup di zaman yang mencabar ini.bagaimana?dengan ilmu..percayalah kerana hanya ilmu yang dapat menjadi panduan...sekian..

Re: Banyak belanja anak di SMKA??

sbnarnye org mlayu ni ade lagi yg x sdr ttg keperluan bagi pendidikan anak2 diorang zaman skarang, sbbnyer diorang ingat yg anak diorang skang gi skolah cam diorang dlu , dlu yer la org mlayu susah lagi tp skang yg nak kate susah sgt tu rase tak der sbb bukan ker kalu org susah ni anak die dpt biasiswa, rmt, duit poket kerajaan, yuran tanggung kerajaan jadi ape lagi buku teks pun org bagi saye ni bukan ler dr org berade bpk saye org susah gak kakak ngan 2org abg kat universiti jadi nyer saye nyer perbelanjaan cam terpinggir la skit tapi tak der la nak marah even saye tak dpt buku teks sbb mok pok saye jenis yg x kisah tabur duit utk anak diorang blaja oh umi ayah kau lah segalenyer

mintak maap bebyk kalu dgn tuturkata yg kurang sopan dan keserabutan ayat diatas
harap nyer ibu2 bape2 anak2 dpt amik pengajaran

SESUNGGUHNYE WAJIB KE ATAS SETIAP MUSLIM ITU MENUNTUT ILMU