FORUM SMKA PAHANG

Forum ini bertujuan memupuk interaksi berfaedah sesama warga pelajar dan juga para guru. Berbicaralah dan berbincang dengan tenang serta bahasa yang budiman.

FORUM SMKA PAHANG
Start a New Topic 
Author
Comment
View Entire Thread
Re: Masalah berpakaian sekolah semasa prep petang!

saya sebagai mahasiswa universiti dan juga bekas pelajar f6 SMKAP 2006 juga berasa terpanggil untuk memberi pandangan tentang isu ini.Pada pandangan saya ada kebaikkan dan kelemahan mengenai hal ini.Walaupun sistem pemakaian seragam sekolah waktu prep tidak dijalankan pada tahun saya belajar,tetapi ini merupakan satu pembaharuan yang dilakukan oleh pihak sekolah.Saya bersetuju dengan kenyataan Slaveman yang menyatakan bahawa pelajar banyak karenah.Oleh itu kita juga perlu pandang pada satu sudut yang lain,yakni apa yang membuatkan pelajar itu banyak karenah.Setiap manusia mempunyai hak asasi masing2 dan tentunya hak asasi itu boleh diterima oleh masyarakat selagi ianya tidak melampaui batas.Dalam hal ini,dapat dibandingkan sistem/persekitaran sesebuah institusi pembelajaran itu yang mempengaruhi mood seseorang pelajar.Oleh itu pihak pentadbir perlu mendekati pelajar atau membuat kajian selidik dan tanya apa yang membuatkan mereka sukar untuk menerima
setiap peraturan baru.Disitu saya pasti anda akan menjumpai jawapannya.